Teh, kopi dan minuman bertenaga punca botak
KEGUGURAN rambut sering dikaitkan dengan wanita, namun sebenarnya lelaki turut berdepan dengan masalah berkenaan yang mungkin jarang diambil peduli penyebab berlakunya situasi itu. Percayakah anda bahawa minuman kegemaran popular seperti teh, kopi dan minuman bertenaga boleh menjadi antara penyebab kepada masalah kebotakan rambut lelaki. Pakar di Universiti Tsinghua di Beijing mendedahkan kerap minum minuman popular setiap hari boleh mempercepatkan risiko keguguran rambut lelaki. Selain itu, pakar perubatan juga mendapati bahawa keguguran rambut adalah 30 peratus lebih biasa pada mereka yang kerap minum minuman bertenaga, kopi dan teh manis. Malah, berdasarkan kajian juga, mereka yang sering mengambil minum minuman soda dan tenaga untuk bersukan juga berisiko tinggi berdepan dengan masalah berkenaan. Menulis dalam jurnal Nutrients, pakar menjelaskan kekerapan golongan lelaki mengambil min...